Proses Kerja Kami

Proses kami di Najwa Makmur. Tampil sekemas mungkin.
01. Catatan

Mencatat tempahan baru dan mengemaskini data yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek.

02. Perancangan & Pengurusan Masa

Perancangan untuk menyiapkan projek mengikut masa yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pelanggan kami.

03. Proses Dimulakan

Proses cetakan dan projek dimulakan dengan penuh dedikasi disamping penjagaan kualiti yang amat dititik beratkan oleh pihak Najwa Makmur.

04. Penghantaran

Di dalam Najwa Makmur, kami cuba lakukan pengeluaran yang terbaik untuk memuaskan hati pelanggan kami seterusnya menghantar sentuhan terakhir mengikut masa yang ditetapkan.

Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang terdapat di Najwa Makmur.
Kami adalah pakar dalam mencetak dan mengeluarkan cetakan berunsurkan Silkscreen.
"Di Najwa Makmur, pengeluaran yang maksimum turut disertakan dengan kualiti yang mantap. Oleh itu kebanyakan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami merangkumi aspek penjagaan kualiti dan juga mengikut piagam yang telah ditetapkan oleh pelanggan kami."
Senarai Perkhidmatan kami
Cop Getah
(RubberStamp)

Self-inking Stamp, Pocket Stampt, Mouse Stamp, Dater Stamp, Round Stamp dan lain-lain.

Alat Tulis
(Perhiasan Alat Tulis)

Membekal segala kelengkapan alat tulis kepada jabatan-jabatan kerajaan & swasta.

Antaranya ialah kertas A4, toner printer dan lain-lain.

Hadiah
Cenderamata Premium

Pen, Rantai Kunci, Diari, Penganjur, Kalendar, Kalkulator, Lencana (Button Badge) & sebagainya.

Percetakan Am
Kertas & Kad

Kad Nama, ID-Cars(Kad Pelajar), Invois, P/Os, Resit, Buku Bil, Kepala Surat(LetterHead), Borang Komputer, Sampul Surat & lain-lain.

Banner & Bunting
(Pelbagai)

Banner dan Bunting yang merangkumi pelbagai saiz; mengikut kehendak pelanggan.

Signage & Sticker
(Perhiasan Sticker)

Signage untuk kereta dan juga pelbagai. Sticker yang merangkumi pelbagai jenis dan juga saiz.

Silkcreen
Percetakan Silkscreen

Non-woven bag, Bag. T-shirt/seluar treck, Non woven bag/ bag galas (Backpack), Bendera, Payung, Tuala muka/mandi/tangan, Bekas pensil, Ianyards dan lain-lain.

Sulaman
T-Shirt, Seragam & Topi

T-Shirt Syarikat, Baju Korporat, Baju Custom Made, Pakaiaan seragam kerja, Topi, Silkscreen & sebagainya.

Tentang Kami

Apa yang anda patut tahu berkenaan kami.
Syed Mohd Nizam B. Syed Abd Aziz

Lembaga Pengarah

Najwa Makmur Enterprise(CA0093132-P) ditubuhkan pada 12 Mei 2005. 100% Hak milik Bumiputera.

Perniagaan Najwa Makmur Enterprise bermula pada awal tahun 2009 secara kecil-kecilan. Syarikat mengeluarkan modal sendiri pada peringkat permulaan sebelum meminta bantuan daripada agensi kerajaan. Bagi memastikan apa yang diusahakan ini tidak sia-sia, pengusaha sentiasa menyemai sikap untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan supaya dapat membantu mengembangkan lagi perusahaan Najwa Makmur Enterprise.

Najwa Makmur adalah sebuah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang terletak di Kuantan, Pahang. Najwa Makmur Enterprise juga menyediakan pelbagai perkhidmatan percetakan digital. Di samping itu juga, perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan adalah berkualiti tinggi dan berteknologi terkini.

Penubuhan syarikat ini berpaksi kepada enam bidang utama dimana merupakan kepakaran yang dimiliki dalam syarikat ini. Antara kepakaran syarikat kami ialah seperti berikut:



1.RUBBERSTAMP:Merupakan pembekal melayu yang banyak menerima tempahan daripada jabatan Kerajaan terutama Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran, dll.

2.ALAT TULIS:Sentiasa mendapat permintaan daripada jabatan-jabatan Kerajaan.

3.PERCETAKAN:Merupakan syarikat melayu yang sentiasa berani bersaing dengan bangsa lain bagi merebut sebarang kerja-kerja berkaitan percetakan.

4.SILKSCREEN:Sentiasa mendapat permintaan dari pelajar sekolah, kolej dan aktiviti hari keluarga.

5.STICKER:Pelbagai jenis sticker kereta,motor dan lain-lain.

6.SULAMAN:Perkhidmatan menjahit(sulaman) baju jabatan kerajaan, swasta, universiti, kolej serta individu-individu yang berminat.

Testimonial

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan ataupun kehendak yang anda ingikan, sila ajukan kepada kami.

Maklumat Kami

Pertanyaan